Saturday, 17 November 2012
3 Langkah Merawat Disfungsi erektil atau Mati Pucuk?
Punca Disfungsi erektil berbeza bagi setiap lelaki dan begitu juga dengan rawatannya.
Walaupun begitu, sebelum kita berfikir tentang rawatan anda perlu mengambil 3 langkah-langkah yang disenaraikan di bawah.
1. Terima hakikat
Ini adalah lebih penting daripada berfikir, menerima bahawa anda mempunyai ED boleh menjadi permulaan mengurangkan beban di bahu anda.
Dari segi psikologi akan membawa diri keluar dari bayang-bayang dan berkata "ya saya mempunyai disfungsi erektil" adalah langkah pertama untuk mengenal pasti punca dan merawat ia.
2. Kongsi Masalah
Berkongsi masalah anda dengan pasangan anda juga merupakan satu langkah mengurangkan beban di bahu anda.Berkongsi masalah mengenai Disfungsi erektil dan secara terbuka kadang-kadang boleh menjadi separuh jalan untuk mengubati masalah ini. Jika anda telah cuba untuk mempunyai hubungan seks baru-baru ini dan gagal lagi boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan dan lebih banyak anda berfikir tentang hal ini akan membuatkan anda lebih tension. Jika pasangan sedar situasi anda, anda mungkin dapat perlahan-lahan dapat melakukan penetrasi seks dengan memulakankan dengan sentuhan terlebih dahulu.
3.Berjumpa Doktor.
Ramai lelaki tidak suka bercakap tentang kehidupan seks mereka kepada doktor.Cuba lihat kembali ke langkah 1 dan 2, anda telah menerima dan berkongsi masalah tentang Disfungsi erektil, di sini adalah satu perkara yang anda boleh lakukan sekarang: Bawa pasangan anda sekali ! Sekali lagi anggap anda berkongsi masalah, dan sokongan dari isteri / pasangan anda akan membantu.
Disfungsi erektil bukan masalah dengan zakar anda ia adalah "symptom" penyakit lain iaitu tekanan darah tinggi, testosteron yang rendah, kencing manis, masalah prostat,semua ini akan diperiksa oleh doktor .
Doktor anda juga akan bertanya anda jika anda merokok, mengambil alkohol, pemakanan, berat badan, dan samada anda bersenam atau tidak. Semua ini dikaitkan dengan Disfungsi erektil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment