Sunday, 9 June 2013
SEKS KETIKA HAID
BOLEHKAH melakukan hubungan seksual ketika haid?
Bolehkah seseorang itu hamil jika melakukan hubungan seks ketika haid?
Meskipun ramai yang menyatakan ya tetapi agama Islam menegaskan hubungan suami isteri ketika haid adalah perlakuan yang bukan saja haram tetapi dianggap jijik.
Dari sudut kesihatan, hubungan seksual ketika haid memberi pelbagai kesan buruk kepada individu.
Ia tidak terhad kepada isteri tetapi juga suami. Ini kerana golongan yang aktif seks seperti pelacur memiliki potensi yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan kerana melakukan hubungan seks ketika haid.
Perunding Sakit Puan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fairuz AshikinAbdul Kadir, berkata darah haid mengandungi monotoksid dan jika diimbas budaya pelbagai bangsa, apabila perempuan didatangi haid, dia biasanya diasingkan.
*Orang kata, kalau tanam pokok pun, pokok tak akan tumbuh.
Vagina pada masa haid sangat lembut dan lebih senang dijangkiti penyakit dan ia boleh memindahkan pelbagai jenis penyakit STD (sexually transmitted disease)seperti genital warts, herpes, gonorea dan chlamydia,* katanya.Kata Dr Fairuz, kebanyakan pasangan yang melakukan hubungan seksual ketika haid mengadu mengalami kesakitan dua kali ganda daripada biasa.
Darah haid atau rembesan dari faraj sangat mudah mendedahkan pasangan dengan pelbagai jenis penyakit.
Meskipun kesannya kepada lelaki ketara tetapi impakny akepada perempuan lebih hebat.
Tahap keseriusan STD memungkinkan perempuan tidak mampu hamil.
Gonorea misalnya disebabkan oleh bakteria yang dipanggl neisseria gonorrhea. Ia mudah disebarkan menerusi hubungan seksual termasuk seks oral. Ada banyak kes, gonorea tidak menunjukkan simptom tertentu.
Tetapi ada juga simpton yang ditunjukkan tidak dapat dikesan oleh pesakit.Lazimnya bagi perempuan yang mengalami gonorea, ia akan berasa sakit(burning sensation) ketika membuang air kecil atau keluarnya rembesan hijau kekuningan dari vagina.
Jika jangkitan merebak, ia akan masuk ke rahim dan tiub fallopia yang akan mengakibatkan sakit perut, demam dan bengkak-bengkak pada badan.Keadaan ini turut menyebabkan seseorang itu tidak subur.
Jangkitan gonorea ketika hamil akan mendatangkan masalah kepada janin dan bayi yang baru lahir pula mungkin akan buta dan terdedah pada meningitis.
Lelaki yang terdedah pada gonorea akan mengalami simptom yang hampir sama,rasa sakit ketika kencing dan keluarnya cair kehijauan.Gonorea boleh tersebar pada epididymis (struktur yang membantu membawa sperma). Keadaan ini akan menyebabkan tisu berparut yang mengakibatkan kemandulan.
Satu lagi jangkitan yang boleh merebak ialah genital warts atau dikenali juga sebagai venereal warts.
Ia boleh tersebar kerana hubungan seksualtermasuk oral.Sesetengah orang mengesan genital warts pada bahagian tangandan ada juga di kakinya. Biasanya ia kecil, warnanya seakan kulit dan gatal.Banyak kes genital warts kelihatan seperti kubis bunga.Bagi perempuan,genital warts biasanya tumbuh di bahagian bawah pintu faraj atau bibir faraj di bahagian serviks atau sekeliling punggung.
Bagi lelaki, warts tumbuh berhampiran zakar dan kawasan sekitarnya.Chlamydia pula adalah penyakit seksual yang paling biasa.Ia akan menyebabkan seseorang itu berasa sakit ketika membuang air kecil malah adayang akan terasa sakit di bahagian perut, sakit ketika melakukan hubungan kelamin kadang-kadang ia menyebabkan demam.Lelaki yang terdedah padaChlamydia akan berasa gatal atau burning sensations di sekitar zakar. malahada yang turut mengalami masalah zakar membengkak walaupun kes sebegini jarang berlaku.
Pasangan juga mungkin terdedah dengan genital herpes, satu lagi penyakit STD.Genital herpes boleh muncul dan hilang begitu saja kerana tidak ada penawar untuk herpes. Ia akan kekal di dalam tubuh pesakit dan merebak menerusi hubungan kelamin. Genital herpes meningkatkan risiko terkena jangkitan HIV.
Ini kerana virus HIV boleh memasuki tubuh dengan mudah setiap kali berlakunya luka pada badan. Jika perempuan hamil mengidap herpes,kemungkinan untuk menjangkiti janin sangat tinggi dan mendedahkan bayi dengan meningitis malah kerosakan otak.Bolehkah perempuan haid boleh hamil? Kata Dr Fairuz ia tidak mungkin berlaku.
Ini kerana ketika haid, tubuh wanita mengeluarkan telur yang tidak subur dan lapisan tubuhnya bersedia untuk telur yang subur jadi ia agak payah untuk hamil pada ketika ini. Begitupun ia bukan lesen menghalalkan hubungan seksual ketika haid.
Seperti mana Islam menegaskan haram melakukan hubungan kelamin ketika haid, seperti itulah juga hebatnya kesan kepada kesihatan kepada yang ingkar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum tuan sy ada membuat sex ketika bini sy dalam haid.. semasa sy membuat sex tersebut sy terpancut air mani sy kedalam... ada kah bini sy boleh mengandung?
ReplyDeleteassalamualaikum tuan sy ada membuat sex ketika bini sy dalam haid... ketika sy membuat sex tersebut sy terpancut air mani sy didalam.. sy nak tanya ada kah bini sy boleh mangandung? (nak balas masaj sy ni boleh tak tuan call sy 01110665861) sy nak jawapan dgn teliti ya tuan.. jasa tuan sy hargai sangat...
ReplyDeleteMengandung ke isteri tuan?
DeleteAssalamualaikum .. Bagaimana kalau pasangan bersetubuh dgn isteri ketika penghabisan haid ?? Tiada lagi darah mengalir , tetapi sebelum mandi wajib .. Adakah ia juga memudaratkan ??
ReplyDelete